Menu

In partnership with

Learning English

Selepas catat Rekod Asia, apakah langkah seterus Cambridge English For Life?

Posted on 26 June 2026



SHAH ALAM: Institusi pendidikan Bahasa Inggeris tempatan, Cambridge English For Life (CEFL), melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila diiktiraf oleh ASIA Book of Records sempena sambutan jubli perak penubuhannya yang ke-25 tahun.

Pengiktirafan itu diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan (Excellence Award Ceremony, EAC) yang berlangsung di Management and Science University (MSU) di sini, baru-baru, ini.

CEFL menerima pengiktirafan sebagai "Rangkaian Pusat Bahasa Inggeris Tempatan Berasaskan Satu Bahasa yang Paling Lama Bertapak dan Terbesar, Selaras dengan CEFR di Asia", sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju pendidikan Bahasa Inggeris di rantau ini.

Bermula sebagai sebuah inisiatif pendidikan tempatan pada tahun 2001, CEFL kini berkembang kepada 69 pusat di seluruh negara serta berjaya membimbing lebih 100,000 pelajar pelbagai peringkat usia.

Lebih membanggakan, CEFL menjadi antara institusi terawal di negara ini yang menerapkan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) dalam sistem pembelajaran mereka, jauh sebelum piawaian antarabangsa itu diperkenalkan secara meluas di sekolah tempatan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CEFL, Dr Elsie Chin, berkata kejayaan dicapai itu adalah hasil sokongan berterusan pelajar, ibu bapa serta seluruh warga kerja organisasi itu sepanjang 25 tahun penubuhannya.

"Ketika memulakan CEFL 25 tahun lalu, saya percaya pendidikan Bahasa Inggeris berkualiti mampu membuka peluang dan mengubah kehidupan seseorang.

"Namun, perjalanan ini tidak mungkin berjaya tanpa kepercayaan serta sokongan pelajar, ibu bapa dan pasukan CEFL yang sentiasa bersama kami sejak awal," katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Majlis itu turut meraikan hampir 600 pelajar cemerlang yang mencatat pencapaian membanggakan dalam Cambridge English Qualifications (CEQ), merangkumi format peperiksaan fizikal dan digital.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif CEFL, Daniel Sim, berkata pengiktirafan di peringkat Asia itu membuktikan kemampuan jenama pendidikan tempatan untuk berdiri sebaris institusi antarabangsa.

"CEFL sudah menyelaraskan sistem pembelajaran kami dengan piawaian global CEFR sejak 2001 dan kami akan terus memperkukuhkan standard pendidikan demi melahirkan generasi yang lebih kompeten di peringkat global," katanya.

Majlis penyampaian pengiktirafan berprestij itu turut disaksikan beberapa tokoh industri dan akademik, termasuk Pengurus Negara Cambridge University Press & Assessment, Paun Cher Nee; Pengurus Perkhidmatan Akademik Serantau National Geographic Learning, Andrew Tiffany; serta Ketua Pegawai Jualan HELP University, Dr Yap Chen Leong.

Acara yang menghimpunkan kira-kira 2,000 hadirin termasuk ibu bapa, pelajar dan guru itu dianjurkan sepenuhnya oleh pasukan ibu pejabat serta kakitangan pusat CEFL sendiri.

Bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-25, CEFL turut merancang pelbagai program sepanjang tahun depan yang terbuka kepada pelajar serta masyarakat umum.

Antara inisiatif itu termasuk program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama komuniti setempat, acara pop-up dan ujian penempatan awam, pertandingan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat kebangsaan serta penganjuran forum pendidikan untuk pendidik.

Selain itu, CEFL juga akan menganjurkan National English Proficiency Challenge Championship dan CEFL Forum 2026 yang menghimpunkan pendidik dari seluruh negara bagi membincangkan perkembangan serta masa depan pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia.

Sempena sambutan dua pencapaian bersejarah itu, CEFL menegaskan komitmennya untuk terus menyediakan pendidikan Bahasa Inggeris berkualiti tinggi yang diiktiraf di peringkat global serta mudah diakses oleh keluarga Malaysia bagi generasi akan datang.

Read the original article here

Related Articles

Learning English / 29 May 2026

CEFL terima pengiktirafan Asia Records

Learning English / 28 May 2026

CEFL recognised by ASIA Records in 25th Anniversary milestone

Learning English / 26 May 2026

CEFL英语教育获亚洲纪录 教育品牌25周年新里程碑

Learning English / 27 November 2025

Cambridge English For Life honoured at the Top 10 Asia Corporate Ball

Learning English / 30 September 2025

Can AI teach us to talk? Why language still needs a human touch

Learning English / 18 September 2025

Cambridge English For Life (CEFL) Wins Best English Language Centre for 6 Consecutive Years

Learning English / 15 August 2025

Cambridge English For Life Excellence Awards Ceremony (EAC) 2025

Learning English / 23 September 2024

Cambridge English For Life and IbuFamily's Exciting Fire Station Visit

Learning English / 23 September 2024

CEFL's 5th-Year Win in the Parents' Choice Awards

Learning English / 17 June 2024

Cambridge English For Life Wins Best Brand in SOBA 2024

Learning English / 17 January 2024

Now Open - CEFL Kota Warisan

Learning English / 17 January 2024

Now Open - CEFL Shah Alam 9

Learning English / 27 October 2023

A Cambridge English For Life Student's Path to Yale University

Learning English / 5 November 2021

Empowering Students with English Mastery

Learning English / 5 November 2021

Top 3 Concerns of Malaysian Parents When It Comes to Education

Learning English / 30 June 2021

Parenthood Magazine Article

Learning English / 4 January 2021

Physical classes will resume as of 9 January 2021*

Learning English / 28 September 2020

The Importance of Learning English at an Early Age

Studying English can help increase your chances of getting into a good university or landing a good job in local or overseas multinati...